Wednesday, January 22, 2014

Ohh adikku masuk asrama

Assalamualaikum w.b.t. Hai silent readers :)

Apa khabar semua? Harap sihatII aje. sedar tak sedar dah penghujung bulan January dah pun. rasa macam sekejap aje masa berlalu kan. macam mana permulaan tahun 2014? harapII nye segalanya berjalan lancar n okay aje ye :)


Last entry 6 Jan lepas mengenai tahun baru.
entry kali ni, nak ceghite pasal adik miza. satu-satunya adik perempuan, the one and only sister, Hanifah Aqilah :)
syukur. adik miza ditawarkan ke sekolah lama miza. smka segamat. isnin lepas, ayah ibu miza n adik hantar qila ke sana untuk didaftarkan sbg pelajar tingkatan 1.

beberapa hari sblm dia ke asrama, ibu siang malam siapkan keperluan qila. jahitkan baju sekolahnya, tudung sekolah. barangII keperluan asrama dibeli. tengok gaya qila macam okay aje bila nak sekolah kat sana. kene stay kat hostel. baguslah. ayah ibu senang hati. kakak nye pun. ehehehe

kebetulan, ada saudara kami jugak yg sekolah kat situ. tingkatan 1 jugak. tapi, dia dah masuk dulu. senanglah aqilah dah ada kawan. kebetulan jugak, ditempatkan kat dom yg sama. dom yg sama dengan miza masa miza first masuk hostel tu time form 1. dom Umi Kalthum.

dah hantar qila semua, kemaskan barang dia. beritahu dia apa yang kena buat. itu ini semua tu. hati pun macam risau jugak. macam manala aqilah ni. pandai ke tidak dia nak uruskan diri, urus masa, uruskan semuanya nanti. ayah pun risau. ibu apatah lagi. kenangkan aqilah yg gangster tapi hati lembut tu nak tinggal kat hostel yg budakII nye macamII ragam.

bila adik masuk sekolah tu, bolehlah lepas ni nak dtg ke sanaII selalu. dah 3 tahun lebih tinggalkan sekolah tu sejak spm 2010. dah banyak kenangan yg dah jadi kat sana. hostel pun still sama macam dulu. tapi sekarang tgk mcm kemudahannye makin baik. dulu, public phone cuma 3 tu jelah kat hostel tu. sekarang, dah berlambak dah. haha dah ada basikal. students boleh naik basikal petang tu nak riadahII. yg lain miza tak taulah kalau ada buat lain. 

cuma yang pernah stay kat hostel je tau macam mana keadaannya bila hidup berkongsi dgn kawanII..best sangatII :)

teringat time firstII masuk. tak boleh nak elak la kan kalau menangis sbb kene tggl asrama n ayah ibu takde depan mata. hehe seminggu kot miza sedihII. hahaha ni aqilah ni. baru 2 hari kat sane, call ayah tak nangis langsung! hahaha buat malu je akak dia ni. :D


ala, bila dah lama kat sane, makin rasa seronok. seronok sebab kawanII sentiasa ada dgn kita. nak buat apeII ke biasanye dgn kawan. ajak mandi, ajak solat sama. makan sama. main samaII. kire semuanye dgn kawanII lah. tu yg miza rasa. sampaikan ada pernah dah lama kat situ mcm taknak balik pun ada. hehe 

aishh kalau nak diceritakan apa yang terjadi sepanjang 5 tahun kat sana, memang penatlah jari nak menaip. entahII yg baca pun boring. ehehe :D

sekolah kat sana mmg mcmII bnda baru miza blaja. drpd tak tau apeII, dah bole tau n praktikkan sekali. harapan agar adik miza pun sama macam tu jugak. biarlah dia dapat timba ilmu seberapa byk yg boleh. utk kebaikan dia jugak kan. n brharap jugak agar qila dpt brthn n menyesuaikan diri dia kat sana. dan skolah kat sane smpai masanya habis belajar, InsyaAllah :)

cukup sampai sini. harapan agar qila dapat belajar dengan baik kat sana. dapat sesuaikan diri kat sana. InsyaAllah, tahu qila boleh. kalau kakak dia boleh survive 5 tahun kat sane, takkan adik dia tak boleh kan? :)


akhir kalam, kakak rindu kak qila sangatII..sobsobsob :'(

salam sayang & rindu. xoxo. wassalam.

ehem. hari ni ada org tu balik ke malaysia. lepas 2 minggu ke mekah. semoga selamat sampai ye :)

No comments: