Wednesday, April 22, 2015

2015 Punya Permulaan Cerita ^___^

Image result for assalamualaikum wallpaper


Hai silent readers!


Dah lama tak update blog! rindunyaaaa!

Last entry bulan 8 tahun lepas. memang dah lama rasa nak update. tapi rasa mcm belum ada idea nak tulis apa. ni pun tak tau nak tulis pasai apa. apa yang terlintas kat fikiran jelah ya. nak cari idea nak tulis apa tengok kat gambarII dalam phone :'D memang dah takde idea langsung.


hmm. rasa mcm belum pernah tulis pasal degree life la. hahaha entah ya, dulu time diploma rasa mcm seronok je nak cerita macamII. bila dah further degree ni mcm ehh nak tulis pasai apa ea. okaylah, miza nak cerita pasal degree n life kat sana ehh? boleh khenn :'D *sementara line internet elok, tengah cuti mid sem..boleh lah nak godehII belog..kat rumah kannnn

Image result for gif. comel

sekarang ni, miza stay kat Puncak Alam. taknak panggil nama panjang kita panggil 'palam' lah. pertama kali dengar, mcm takde idea kat mana lah palam ni. cuma dengarII nama palam sbb kalau om nak sambung degree kat sana. dah rezeki sambung study kat sana, jadilah penghuni bandar palam untuk 2 tahun setengah ni, In shaa Allah.

takkk. masalahnya sekarang miza google image bandar puncak alam banyak keluar gambar apartment je. apartment lah sangat :'D

macam mana eak nak ckp bandar palam ni mcm mana? hmm lebih kurang mcm bandar penawar lah. tempat yg baru nak membangun. dan yg paling sama ialah, dikelilingi hutan! yelah, hutan yg diterokai utk nak bukak kawasan perumahan. kalau malam mashaAllah! gelap weii! tak lah semua jalan semua tempat gelap. ishh tapi mmg gelap lah. ada satu jalan tu nak ke bandar palam gelap! dah lah dikelilingi hutan. bahaya tak boleh bawak kereta or motor sorangII.

Image result for bunga


puncak alam ada fasa 1, fasa 2, fasa 3 & shah alam 2.

yg ada kat palam skrg pasaraya Tesco, Econsave, itu jelah pasaraya besar yg ada. kat fasa 2 & fasa 3 skrg dah byk kedai. kedai mamak pun dah mcm cendawan tumbuh lepas hujan. kat palam ni kalau bosanII bukannya tau boleh nak ke mana pun. hahahaha kalau bosan sgt tak pun terasa nak jalanII. ke Setia City Mall kat Setia Alam lah kita. tak pun ke Shah Alam. kalau rajin sikit ke keyel lahh. ala, dekat je palam dgn semua tmpt. bus rapid ada. highway pun banyak. apa ada hallll

Image result for setia city mall


student uitm yang non-resident byk sewa apartment kat fasa 3. fasa 2 pun ada. takpun rumah teres. manaII apartment mmg ramai student uitm pun. nak ke kampus bus yg disewa khas uitm ada. kalau cerita pasal bus, hmm macamII cerita lah. ada bus tu best. bersih, cantik. ada pulak bus hmmm busuk. naik bus duduk je terus rasa nak muntah. hahaha bus pagi kadang ada yg lambat lah. lgII pakcikII yg bwk. mashaAllah, dia punya berhati-hati tu, mmg hatiII betulII lah. student dalam bus tu rungut dlm hati jelah bila lah nak sampai kampus ni. hahahaha


Image result for apartment cindai puncak alam
macam ni lah keadaan apartment kat sana. semua apartment sama.


kat rumah sewa ni. housemates miza ada 6 org masuk miza. ada 3 bilik. semua bilik 2 org duduk. housemates miza yg dari diploma ezza dgn ika. mulaII masuk 3 org. kami bertiga jelah. pastu jadi 4. pastu 5 lepas tu cukup 6 org. hehehe. rumah sewa tu not bad. taklah fully furnish sgt. tv takde mati kutu nak oiii. hahahaha jiran pun hmm okaylah. tapi taklah friendly sgtII. jiran sebelah je yg okay. yelah, haritu tibaII elektrik takde panggil makcik sebelah tolong settle. hahaha 

okaylah. taknak cite pasai rumah sewa lagi. kita cerita pasal uitm puncak alam pulak. :)


Image result for uitm puncak alam

macam mana study kat uitm puncak alam?

Alhamdulillah, seronok..best :)

first time study kat sana, nak adapt dgn suasana sana macam agak susah sikit. yelah, kampus besar. besar gile lah. miza dah terbiasa suasana study kat instedt, bangunan pun satu je, tu pun share dgn JPN dgn pejabat tanah :'D
tapi best okay! tak besar, nak ke manaII pun situ je.

tapi bila study kat palam ni. ayooo. first time dtg sana kalau tak tau tmpt mmg susah. ingat lg masa nak register masuk miza, ezza dgn ika terpinga-pinga tak tau nak ke mana. nasib baik ada makcik cleaner tu tolong tunjukkan arah nak ke mana. kat sana complete la, nak apa mcmII ada. skrg kampus tu baru fasa 1 siap. ada fasa 2 & fasa 3 tengah buat. kejap lagi ada hospital, hotel, fakulti baru. lepas ni memang besar gile gile gile gile gile uitm puncak alam!

Image result for uitm puncak alam


nampak tak bangunan tinggi tu? ada 17 tingkat. kelas miza semua kat situ. semua tingkat dah pernah pergi. tinggi woo gayat tengok bawah. satu masalah kat sini, lif ada 6 tapi tak semua jugak boleh guna. kadang kena beratur panjang. biasanya mcm tu lah. kalau taknak masuk kelas lambat dtg lah cepat.

Image result for uitm puncak alam

inilah dia. 'TANGGA KEJAYAAN' yang orang duk selalu sebutII. setakat ni miza tak pernah naik tangga ni. cuma pernah turun je. itupun semput nak oiii. hahaha tinggi dia jangan cakap. kaki boleh jadi slim. hahahaha biasanya student yang stay kolej kalau taknak naik turun tangga diorang naik bus rapid je. bayo la singgit. 

Image result for uitm puncak alam


rasa macam belum pernah cerita pasal classmates lah. hihihi

sekarang miza tengah study cs. kadang kalau org tanya amik course apa? kalau miza ckp cs mesti org ingat computer sains. hehe bukanlah. cs untuk customer service :)

untuk batch miza je ada 4 kelas. ocb44a ocb44b ocb44c ocb44d. n kelas miza OCB44D. kelas yg baru diwujudkan. hahaha yelah, batch lain cuma ada 3 kelas kteorang sampai 4 kelas. ingat lagi masa semester 2, kelas lain semua dah ada jadual. kelas kteorang je takde. sampai berminggu-minggu. lect pun tak tau kelas D ada. senior pun sama. :'D

Alhamdulillah, classmates best! even tak sama macam classmates waktu diploma dulu yg gilaII, sporting n tak pernah krik-krik. classmates time degree lain. lain mcm mana tu tak kisahlah yg penting best :)

time degree ni lah baru dapat kawan dari lainII negeri. ada sarawak, perok, ganu, pahang, perlis ehh semua negeri ada. hahahaha



















sepanjang 4 semester belajar, so far Alhamdulillah. tak ada masalah. dah banyak suka duka tempuh sama-sama. sem depan dah masuk semester 5 lepas tu praktikal lepas dah lepas segala yang perlu kena lepas, habis belajar sudah.

harapnya, miza dgn kawanII dapat tempuh semester 4 dengan jayanya, sama mcm semesterII yang lain. semoga ada lagi kenangan yang tercipta antara kami. semoga semester 4 dapat dihabiskan dengan jayanya. semoga semester yg akan dtg berjaya juga. dan akhirnya dapat tamatkan belajar dgn cemerlang. Aminnn In shaa Allah :)

terima kasih untuk yang sudi baca entry kali ni. sorry lew kalau panjang sgt, sbb dah lama tak update apaII. hehehe.

kome suka kan? hehehe suka tak suka kena baca jugak. hahahaha okay hambar.

terima kasih sekali lagi. jumpa lain kali. In shaa Allah.

xoxo :*

"Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam..sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri"


ma'assalamah wa ilalliqa'

Image result for bunga