Saturday, August 4, 2012

INSTEDT ke UiTM ?

Assalamualaikum & Hye cuties readers :) selamat berhujung minggu semua. ape agenda anda hari ni & esok? mesti ade yg nk shoppingII kan. and ade gak yg just nk rehatII kat umah. myza tak buat ape. dok mnghdp lappy on9 fb, layan youtube & update blog. mmber rmai balek. untunglah mereka :)

okay, kali ni just nak share something ngan semuaII about status tmpt study myza. mcm mane tu? sblumII ni ade yg tnye, myza study kat mane? UiTM mane ? eah, kolej ke UiTM ni. alahaii, mcm ramai sgt je yg kompius kan. hehe okaylah, actually. myza currently study kat INSTEDT short for Institut Sains & Teknologi Darul Takzim, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. sebelum myza story about my college, myza nk story pasal BANDAR PENAWAR dulu keyh ?

Bandar Penawar ni trletak dlm daerah Kota Tinggi. tmpt yg sgt strategik sbb kat cni trletaknye tmptII pranginan yg famous. iaitu DESARU & TANJUNG BALAU. yg dah pena smpai cni tu best kan pntai nye? yg belum smpai tu, meh la dtg cni. myza bole jd pemandu pelancong. free je don't worry. haha hotel yg bagusII mmg byk. holiday with family kat cni confirm takkan menyesal. so, if weekend boringII tu. myza & friends dtg lepaking kat pntai. seronok :)


pantai DESARU. cantik kan :)



selain tu, Bandar Penawar ni jugak bole dkatakan sbg pusat pendidikan. mane taknye. selain kolej myza kat cni ade Kolej Professional Mara, Kolej Komuniti, IKBN, SMKA Bandar Penawar, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, SMK Bandar Penawar, SM Sains Kota Tinggi, SK Bandar Penawar 1 & 2. betul tak myza ckap ? hehe kat cni no entertaiment. shopping complex & cinema mmg takde. kalau nk berlibur ngan kwnII, kteorang akan pegi ke bandar Kota takpun g JB. ala, dekat je ngan bandar JB. sbbnye highway Desaru dah siap :)

okay, tu just intro about Bandar Penawar. about my college pulak, Instedt ni merupkan salah satu kolej bersekutu dengan UiTM. program UiTM yg dtawarkan kat cni just 2 program saje iaitu Dip in Office Management & Technology and Dip in Sport Science. program yg dtwarkan Instedt pulak antaranye Kejururawatan, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Pelancongan & Perhotelan, Akaun & yg terbaru ialah Media Grafik, Pengajian Islam & Kesetiausahaan Kesihatan. myza tgk, utk pengambilan baru kali ni. ramai pulak pelajar Instedt. hehe and kolej myza ni bakal tggu mase utk jd Kolej Universiti yg bertaraf antarabangsa. jgn pndng kolej kami sebelah mata :) kediaman utk student Instedt adalah di luar kampus. tuk student prmpuan dsediakan Kolej Teratai & Kolej Delima. ade yg tinggal di rumah sewa sekitar Bandar Penawar & di Taman Desaru Utama. utk student laki pun same. ade jugak hostel tp tak tau lak namenye ape. haha

utk mereka yg same amek program UiTM mcm myza. kami ni bole dikatekan pelajar Instedt & juge pelajar UiTM. package kan? untung kami :) peraturan yg dikenakan kat kami same mcm praturan kat UiTM. antaranye utk OM, student Sem 1 & 2 kene pkai heels ke kelas. utk sem 3 & seterusnye d bolehkan pkai wedges. kami jugak kene ikut etika pemakaian di UiTM. hari formal kami ialah Isnin, Rabu & Jumaat. utk Selasa & Khamis pakaian biasa. tp tu pun tak boleh pakai yg mcm kte nk pegi shopping or jejalan okay :) yg myza kagumkan tu, pelajar OM di kolej kami boleh dikatekan yg paling bagus . lebihII lg dlm etika pemakaian. pakaian kami tak sembarangan. pelajarII nye smartII & cantikII. lecturer kami yg pena bljr kat UiTM pun ckp yg OM adalah yg paling dikagumi oleh programII yg laen :)





actually, yg sebenaII nye kami ni pljr UiTM. just tmpat bljr bukn di UiTM maneII kampus. kami jugak adalah di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan..kod kami skrg ialan BM 114. dulu Fakulti Pengurusan Pejabat tp fakulti tu dah tak ade dah. student portal myza tak gune Instedt punye. kami gune same mcm pljr UiTM yg pior tu. kami cuti same mcm UiTM jugak. kertasII soalan kami dtg dr UiTM Melaka @ UiTM Shah Alam. krts soalan kami ditnda oleh pensyarahII UiTM sendiri. kalau kami ade rezeki ditawarkan tuk smbung degree, kami smbung kat UiTM. mcm seniorII myza, ramai yg kat UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam or UiTM Melaka. myza kalau ade rezeki nk jugak degree kat maneII UiTM :) kalau kat UiTM ade yg dpt dekan, pljr kkb UiTM pun ade yg dpt dekan. batch kami dah ade yg dpt dekan. myza bile ntah eak ? hehe :)

tak menyesal lngsung myza nekad smbung blaja lepas SPM kat cni. bukan tak dpt tawaran. mmg dpt. antaranye Matrik Johor dlm bdng Perakaunan. myza tolak sbb myza tau myza tak bole nk bergelumang lg dgn akaun dlm hidup. hihi sbb otak agk tak bole mnerima ckit dgn nomborII ni. haha tp myza kene gk trima hakikat yg Sem 5 nnti ade blja akaun. haha it's okay, just utk bbrpa bulan aje. satu sem pun just 5 months only. InsyaAllah, dlm akhir tahun depan. kami habislah diploma ni. doakan kami semoga setiap sem kami clear paper. kalau boleh tak nak ade 1 pun paper yg kene repeat. pointer kene jage. cgpa tu lagi lah. Alhamdulillah utk 2 sem ni pointer myza okay :) hope tuk semII yg seterusnye akn lbih berjaya lg. InsyaAllah.

okay, rasenye dah mcm pnjg lebar aje entry kali ni. huahua. syok sgt jariII menari kat keyboard ni smpai tak sedar :) thanks pd yg sudi membaca. tingglkan jejak kedatangan anda pd myza ye. last but not least, myza officially student UiTM also student Instedt. lepas ni tak yah tanyeII lagi ea. haha




entry ni ditaip ketika hujan turun dengan lebat-selebatnye. syahdu rase hati :) *tetibe pulak