Thursday, November 21, 2013

16 November 1993 - 16 November 2013

Assalamualaikum silent readers :)

hmm baru skrg rasa mcm nak ckp something kat cni. hehe v^^

Alhamdulillah. 16 haribulan 11 tahun 2013 dah berlalu. cukuplah miza genap 20 tahun hidup kat bumi Allah ni. Alhamdulillah.

Firstly, terima kasih pada yang wish. terutamanya kawan-kawan rapat, kawan-kawan twitter, facebook, and wechat. terima kasih atas ucapan dan doa kalian. Amin. moga dikabulkan Allah :)

Nothing special bufday tahun ni. klau taun lepas, celebrate kat kg. dgn family makcik. ada kek. makanII. kecil-kecilan je. tapi best. tapi, ada yg mcm benda alaII mercun tu. kalau kte tarik, nanti ada bunyi 'popppppppppp'. ahaha yg tulah. best. makanII nugget. mcmII lah. 

Tapi, takpelah. dah besar. teen-teen kat belakang umur tu dah takde dah. yg ade dah tuka 'ty'. twenty. kihkiki. tak sangka jugak dah 20 sebenanye. tak rase mcm 20 lah. ahaha. pakcik tanye, 'umur kau berapa dah kak?' miza jwb, 'masuk 18 lah'. ahaha percayalah. saya baru lepasan spm. kahkahkah perasan.

Terima kasih pada kawanII rapat, especially yuha n my college friends. ema, kila, and semua yg wish. thanks kila, call miza. wish bufday. thanks yuha, wish yg terawal sekali. ema, awak pun sama. Amin. mudah-mudahan ye. epa, riza, thanks bykII. thanks untuk kawanII yg lain jugak. nak ckp kat cni. nt pnjg pulak entry nye. kehkehkeh. terima kasih atas ingatan untuk bufday miza taun ni. terharu :')

taun depan, tak tau dpt sambut or tidak. mana tau. ajal dah sampai :') kita mana tau kan. moga Allah berkati umur kita. 

moga segala amalan kita diterima oleh-Nya. hidup diberkati oleh-Nya. dijauhi segala bencana bahaya, hasad dengki manusia, dan penyakit yang berbahaya. InsyaAllah.

Okaylah, cukup sampai sini. nanti miza update lagi.

Salam sayang & rindu. Wassalam. xoxo


saya bukan penggemar kek. tapi, saya makan jugak kek. cuma kurang la. hehe



nanti kalau diberi rezeki miza kawen, nak kek mcm ni. ahaha boleh bg 1 kg. ahaha XD

sumber gambar : incik gooooooooglee

dahlah miza, berangan je lebih. sebelum melalut. baik miza publish cepatII. ahaha byebyebye :P



Saturday, November 9, 2013

Raih Cinta-Nya

Assalamualaikum silent readers :)

Hye, ape aktiviti ujung mggu korang? bercuti-cuti Malaysia? atau balik kg? atau duk umah je? mcm miza? erm tak kesahlah ape pun aktiviti korang, take care ye? v^^

erm, korang pernah rasa heartbroken? perasaan bila mana hati kte hancur. sakit. pedih. pernah rasa? tak kesahlah disebabkan oleh ape-ape sekalipun. korang pun tau kan rasanye mcm mane? DIA je yg tahu, DIA je yg paham. masa tu perasaan kte mcm mane. walaupun di support oleh orangII yg mengambil berat. orangII yg dekat dengan kita? kan kan kan? :')

sakit hati bila orang yang kita sayang, orang yang kita percayai, orang yang sentiasa ada bila kita nak luah rasa, luah apa pun, akhirnya dia khianati kita? sakit sgt7x hati kan. orang yg pernah rasa senang, rasa susah dengan kita. dia pergi mcm tu je dr hidup kte. sakit kan? 

orang yang kita rasa memang dialah yg terbaik dlm hidup kita. dialah yang boleh kita harapkan. dialah dialah dialah bla bla bla semua harapan bahagia kita tu semua mmg dialah. senang katanye mmg mcm tulah. tapi dia pergi mcm tu je dlm hidup kte. sakit kan?

kita manusia. kita ada maruah. kita ada harga diri. kita boleh bawak berbincang. kita bincang cakap baik-baik. kita bagitahu, apa yang tak kena, apa yang salahnya, siapa salah. apa yang kurangnya. kan lebih bagus mcm tu. betul tak? siapa sini yang suka bila dia ditinggalkan oleh seseorang tanpa sebarang kata putus? siapa yang suka mcm tu? siapa?

hati menangis. tak siapa pun yang tahu. zahirnya, air mata kita mengalir bila kita menangis. orang boleh nampak. sekurang-kurangnya, dengan rasa empati mereka yang melihat tu rasa kurang sikit bebanan sakit hati tu. tapi, kalau dlm hati kita ni. siapa yang tahu? siapa yang boleh kongsi rasa? takde sape pun. cuma kita yang mengalaminya je yg boleh rasa. betul tak?

mereka yang rapat dengan kita, mereka memang membantu dengan mendengar luahan hati kita. kata-kata semangat dari mereka. mereka menyokong kita. Alhamdulillah, time tu kte tahu, mmg ramai yang masih sayang pada kita. kan? :)

kenangan kita dengan seseorang takkan mungkin kita lupa sampai bila-bila. lainlah kalau otak kita ni guna memory card. bila-bila masa je rasa taknak engat perkaraII yg menyakitkan ni, kita tukar memory card baru. senang kan kalau mcm tu? tapi, Tuhan dah jadikan kita sebaik-baik kejadian. tak perlu nak memory card tu nak lupuskan lupakan segala yang kita taknak ingat. semua kenangan. semua yang pahit ataupun manis tu kte boleh jadikan pengajaran dalam hidup kita. betul. pengalaman kan mendewasakan kita :)

tak mengapalah, didik hati kita supaya kita dapat menerima segala qada' & qadar Allah Yang Maha Esa. rasa kecewa kita, sakit hati kita, moga suatu hari nanti Allah gantikan dengan rasa bahagia, rasa gembira yang kita sendiri tak sangka. percayalah, janji Allah itu pasti. tak perlu ragu pada DIA :)

biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang. biarlah apa sekalipun dia nak buat kat kita, kita berdoalah pada DIA  moga DIA balas apa yang sepatutnya. jangan dilupa, Allah Maha Adil.

kadang apa yang terjadi ni, berpunca juga pada diri kita sendiri. bila kita ditimpa masalah hati yang macam ni. mungkin sebab kita dah terlalu jauh dengan DIA. cuba kita ambil masa sikit, kita muhasabah diri kita, kita ingat balik semua yang pernah kita buat sebelum ni. adakah kebanyakannya kita buat perkara yang makin mendekatkan diri kita pada DIA...atau makin jauh dengan DIA?

ALHAMDULILLAH. MEMANG ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG TERJADI NI. Allah uji kita, sebab DIA rindu nak dengar kita merintih dengan dia. DIA rindu, nak dengar kita luahkan segala-galanya hanya pada DIA. yelah, cuba ingat, time kita happyII, kita kongsi pada kawan rapat, orang yg dipercayai. tapi pada DIA? hmm mungkin sebelum ni, time kita susah, kita takde sape yg dpt tolong, baru kita nak mengadu kat DIA. hmm

erm walau macam mana pun rasa kecewa kita, rasa sakit hati kita, kita doalah pada Allah agar dia buang jauhII segala perasaan ni. memanglah, kita memang tak boleh lupa mcm tu je segala apa peristiwa yang pernah kita lalui bersama dengan dia. walau macam mana pun, life must go on. let bygone be bygone. semua tu pengajaran bagi kita. sekurang-kurangnya, untuk masa hadapan, kita akan lebih berhati-hati. rasa dendam, rasa amarah, segala rasa yang jahat-jahat tu. lebih baik kita buang jauh-jauh. apa yang kita boleh buat, kita doakanlah yang terbaik untuk dia. 

apa-apa pun, biarlah kita letak Allah yang no. 1 dalam apa jua sekalipun. kita sama-sama raih cinta DIA sebelum kita dapat cinta manusia. kita kena sayangkan diri kita sendiri, sebelum kita sayangkan orang lain. moga kita dapat kejar impian dan cita-cita kita dahulu.

percaya, yang Allah akan gantikan yang lebih baik daripada yang dulu. kalau kita tak dapat seseorang yang kita impikan, Allah akan memberi seseorang yang mengimpikan kita. percayalah, yang janji Allah itu pasti :)

apa yang miza tulis kat sini, bukan sengaja nak tunjuk baik, tunjuk macam bagus sangat je kan miza ni. tak. takde niat pun mcm tu. apa yg miza tulis kat sini, adalah rasa dari hati miza, lepas DIA menguji miza dengan rasaII sakit kecewa ni semua. ye, mmg miza akui, memang pada mula sangat susah untuk kita terima. tapi, percayalah, suatu hari nanti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih indah daripada apa yang kita impikan. InsyaAllah :)

mungkin, kalau miza tak diuji macam ni. miza terlalu leka dengan kata-kata manusia yang kita sendiri tak tahu pasti atau tidak berbanding dengan kata-kata DIA yang memang sudah semestinya pasti. kan? ada hikmah disebalik apa yang terjadi semua ni, InsyaAllah :)

terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat pada miza, kata-kata yang positif. tu semua buat miza bangun kembali lepas jatuh. hanya Allah je yang dapat balas segalanya. InsyaAllah :)

cukuplah sampai di sini kalam miza. bukan simpati yang dimohon, tetapi dapatlah kiranya sedikit-sebanyak coretan kali ni adalah juga yg dpt dijadikan iktibar oleh kita semua. terima kasih kerana sudi membaca entry yg panjang lebo ni v^^

moga kita berjumpa lagi. salam sayang & rindu. wassalam. xoxo :)




sumber gambar: incik google. terima kasih v^^




Thursday, November 7, 2013

2 Tahun Setengah :)

Assalamualaikum w.b.t :)

Hye, apa khabar? Harap semua sihatII je. baru hari ni rasa nk update something kat cni. hehe ;)

Alhamdulillah, Jumaat lepas result tuk semester 5 dah kuar. Alhamdulillah, miza dgn kwnII yg lain berjaya habiskan belajar dengan jayanya. grade tepat pada masanya. boleh convo sameII pasni ngan dyorang. tak sabarnye :)

mlm 31 oct tu mcmII perasaan ada. yelah, nervous. entah mcm manela agknye resultnye ni. yg pling dtakutkn sgt subject law dgn acc. yela, mane taknye, law dah la takde soklan objective. assay je. kene jwb 4 soklan dr 7 soklan. dah jwb mane yg tau. blank pulak. sbb tgk ade yg tak dpt jwb sbb tak engat :3 lastII, tido! haha mmg betulII amek risiko tido time jwb exam law.

tu baru law. acc? lagila. haha soklannye time tu lain drpd yg lain! tak same ngan past year punye. soklan 1 dah mcm jwb soklan ent dah. haha miza tgk yuha, yuha tgk miza. haha acc ni pun. byk jugak tak dpt jwb sebenanye. tp main jwb je taknak bia kosong. yg mmg dikosongkan tu sbb mmg dah blank n tak tau. haha Alhamdulillah. lulus jugak akhirnya acc tu. dapat B+ lagi. haha tak sangka betul. target C ke. takat lulus mcm tu pun jadilah kan. tgk je eah b+. hehe tak sangka :) 

tau kwnII yg lain pun lulus semua. boleh grade sameII hati dah cukup happy sgtII dah. tak percaya dah habis belajar. 2 tahun setengah kat sane mmg skjp sgt. dah mcmII berlaku spnjg masa tu. pahit, manis semua kteorang rasa sama. time semester 5 ni la rasenye kenangan yg paling byk terjadi. yelah, ade mpg. g beraya dgn kwnII. rindunye kat korang :') rindu sampai masuk mimpi. baik kwn pompuan atau kwn laki. semua dah msuk mmpi. sbb terlalu rindu. hehe

bila agaknye bole jumpe dyorang lagi..hmm InsyaAllah, ada rezeki, pnjg umo dptlah jumpe nt. tak jmpe dlm wktu trdkt ni, mgkn bole jumpe time convo nt. InsyaAllah :)

harapnye, kwnII tak lupe miza kat cni. miza pun tak mungkin dpt lupakan korang. teringat, last payper ptg tu, terus balek. empangan mata masingII pecah. hehe semua nangis. sebak. sedih. sbb tak tau bile dpt jmp lg pasni. yelah, msgII ikut haluan msgII lps ni. 2 ke 3 hari mlm nk tido asik nangis je. ber'wechat' ngan dyorang pun hati sedih je masingII. anta gmba semua mata lebam. bengkakII. :')

betullah. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. kenangan yg prnh kte sameII cipta. tak mungkin dpt miza lupe. kita study samaII, g kelas samaII, g mkn kat kedai pak aziz samaII, g beli barang kat ceria samaII, tel pakcik teksi nk g terminal. hehe byk sgt lah. g bazar jalan kaki sameII, naik bus abg huzir, abg is, semualah. byk sgt memori nye. smpai esok pun tak abis kalau nk diceritakan. hehe

miza cuma nk ucapkan terima kasih pd kwnII. slma 2 tahun setengah ni. sanggup samaII dgn miza. suka duka miza korang kongsi sama. miza tak pernah rasa sorang bila ada ngan korang. miza ada orang yg nak miza kongsi rasa hati. terima kasih ats tnjuk ajar kwnII kat miza. terima kasih utk segala pertolongan yg korang bg kat miza. terima kasih terutama kat kwnII dom sbb sentiasa support miza. bg miza semangat time miza down sgt time kte dah nak exam tu :') kalau takde korang, miza pun tak tau jd ape mase tu.

terlalu byk rasenye penghargaan yg nak dberikan kat cni. ohh tak lupe juge pd kwnII sekelas. kwnII laki n kwnII pompuan. miza happy dpt sekelas ngan korang. kelas tak pernah suram bila ada ngan korang. sentiasa happy je :)  rasa rindu nk blaja ngan korang balik. teringat bile kene usikII. alahaiii sedih la pulak rasenye bile kenang balek. huuaaaaa

kepada lecturers, miza ucapkan berbykII terima kasih atas segala tunjuk ajar yg diberikan. segala nasihat. tunjuk ajar, dan segalanya dah buatkan miza n kwnII berjaya tamatkan blaja akhirnya. ilmu yg lecturer bg, InsyaAllah akan sentiasa tersemat di hati kami :)

kwnII, pensyarah, dan semua yang pernah bersama sepanjang 2 tahun setengah, terima kasih sekali lagi miza ucapkan.


 Hanya Allah yang dapat membalas jasaII kalian :)

Salam sayang & rindu. xoxo :)










moga kalian sentiasa dilindungi Allah. miza rindu korang. sekian :')



Sunday, May 12, 2013

Result Final Examination 20132- Semester 2 2012/2013

Assalamualaikum silent readers :)

Hye, dah lame rasenye tak tulis apeII kat blog ni. nk kate busy, takdelah sgt. okay, cume cuti sem ni keje.. bolelah, dpt lah income. dr duk ghumah tak dpt duit. hahaha

sebenanye, tak tau nk ckp pasal ape. cume terpk satu je. pasal result semester 4. hehe Khamis lepas dpt result. dedo betol rase. lpas balek keje mandiII semua dah get ready nk tido, mmg tak bole tido. huhu perut dah memulasII. tgn kaki dah sejuk (bende bese terjd kalau nebess gilerr). kalau nk tgk kat Student Portal, pukul 9 besoknye baru dpt tgk. huhu lmbt lg. kalau nk cpt, bole check kat email. okay, mase tu pukul 1 lebiyyy. check email je kat phone. senang. sbb kat phone dah ade email. refreshII balekk, tak ade pong email dr UiTM :'( tetap takk putus asa, dlm nk dekat pukul 2 kott. refresh balek, UiTM dah anta email. mase tu mmg dah nebess gilerrr. bukak email, tgk kat phone mmg tak puas bb kecik. huhu tgk smpai bwh. first, tgk dulu LULUS ke tidakk. ALHAMDULILLAH, SEMUA LULUS! Gred pun bole tahan. ALHAMDULILLAH :)

cariII pointer, eah! mane pointernye? rupenye kat atas. ALHAMDULILLAH, naek mendadak pointer. mmg terkejut sgt time tu. mmg brsyukur sgtII tak sangke bole dpt pointer mcm tu! argghhh! lg skit nk dekan! tp, belum ade rezeki :') InsyaAllah, kalau ade rezeki, kalau usaha betolII tak maenII dptlah dekan sem depan. Aminnnn :)

cgpa okay, naeklah jugak dr semester III. gpa mmg naek mendadak. semester III mmg jatuh gilerrr. semester 4 ni Alhamdulillah tak ade C. pling teruk pun B- utk subjek yg pling ditakuti. PRINCIPLES OF ECONOMICS. hehehehe semester ni ramai kawan dpt DEKAN :) semua org pointer naek. tak dinafikan, sem ni senang la jugak nk score. final exam pun 2 paper je. yg laenII common test. lecturers yg bg carry mark. kalau bgus buat keje, bguslah carry marknye. kalau tak, kuranglah carry mark nye :)




Alhamdulillah, ini yang termampu. apa yang dpt ni, ni lah usaha yg dah dilakukan utk perform yg terbaik dlm final exam :)
tahniah pada semuaII kwnII especially batch myza, akakII abgII senior, adekII junior. n kwnII UiTM satu Malaysia :) yg dpt dekan, tahniah. semoga sem yg akn dtg kekal dgn kejayaan itu. yg belum ade rezeki utk dekan, takpe kte cube lg tuk semester yg akan dtg. n pd sapeII yg dpt result mcm mane sekalipun, TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH. semoga kejayaan sentiasa milik kita. InsyaAllah v^^

okaylah, smpai sini je nk tulis. thanks for reading. salam sayang. xoxo 

Saturday, March 23, 2013

Segalanya nk diceritakan :)

Assalamualaikum silent readers :)

Hye, dah lame tak update blog. last update taun lepas kott. huhu byk bnde yg berlaku dlm mase 3 bulan tuk taun baru ni..satu persatu bende jd..dr event, g UTM Berselawat n kem tuk Kemahiran Insaniah 4..tu la, blog yg dulunye cun melecun wane purple semua tue dah bertukar spt yg korang nmpk ni. huhu tak taulah ape yg aq dah buat kat blog ni. huhu sorry sayangku Qistina..kak myza tgnnye gatal tertuka ape pun kte takk tauu :'(

okay, skrg ni tengah study week. hoho dah nk final exam dah pun. start 4 hari bulan 4 ni. paper Eco pulak tue..huhu takot takot :|

okay, firstly nk cite pasai event..Alhamdulillah event berjaln dgn lncr wlaupun mule-mulenye agk 'lembab' ckit garaII ustaz penceramah tue lmbt beno dtg. artis jmputan pun same tak smpaiII jugak. tetibe tengahII event tue bole senyap! ayoyoy mase tu mmg dah kelam kelibut kteorang. mule la konflikII antra kami berlaku. Alhamdulillah, naseb baek bole handle..org dr Jabatan Haiwan bg crmh. ter'drag' suda mase yg sptutnye tlh drncg.

time event, keje myza kat khemah VViP n ViP. perghh! serve tuk VViP tue..haha kenela serve tuk dyorang. plg best bile serve tuk Sham Kamikaze..hehe tuangkan air tuk dyorang. tuka lauk. ala, kirenye layanan istimewa yg bese VViP n ViP dpt la. hoho XD bhagian dapur, muleII poblem jugak. bile takde tukang masak. Alhamdulillah, lastII tukang masak nye pun dtg..makanan not bad. mmg sdp.. hehe lgII smbl kerang mak classmate miza buat..pergghh! sedap gilerrr berkali-kali tmbh mkn dgn roti jale. amboi ko sdapp gilerrrr rugi kalau sape yg rase. haha

plg best, tak sangke myza dpt hadiah cabutan brtuah. haha not bad hampernye. shareII ngan kengkawan. yuha pun dpt, tp hamper dy bg kat budak laki. bb bdk laki takde sorang pun yg dpt hamper. kuikuikui XD time penyembelihan tu, ade yg ayam selamt dismbelih n ade aym yg tak halal kalau dimkn. ade peserta pompuan pun yg smblh. berani betoi dy :)

n kmnck, bile Sham Kamikaze buat persembhn. myza dpt tgk skjp je. hehe syahdunye dy main gitar. best sgt :)



Sham Kamikaze n bbape VViP sgn menjamu selera. first time tue tgk dy dpn mate :)



peserta sdg mnjamu selera 


Alhamdulillah, event habis dlm pukul 2 lbey..kalau tak silap la. haha segalanye berjalan dgn lncr..ayamII yg slmt disembelih tue disedekahkan pd org..kteorg balek naek lori sekali dgn brgII. haha jd bdk jakun jap bile naek blkg lori XD

okay, habis cerita pasal event. kalau ade yg trtinggal, dah mls nk cite dah. ini je yg myza engat. okay, kte nk cite pasai g UTM Berselawat. sehari slps event ni berlangsung. Instedt g 4 bus. just bayar RM10 aje. mmg tak rugi g UTM ni. first time masuk UTM, makk aiii besonye UTM ni. bestnyee..smpaiII je, terus masuk dewan. time tu tengah Ustaz Don, Imam Muda Asyraf n bbrpe org pnel lg tengah bg crmh. best gilerr crmh dyorang. dah lah kteorang duk tepi n dpn sekali. tak pat nk tgk muke dyorang dgn jelas tp dpt tgk kat skrin tepi yg beso tu. hehe best best. pling best jugak bile Hafiz Hamidun masuk buat persembahan. muke dy dah lah manis. suara pun sedap :)


kteorg kat sane smpai mlm. penat tu mmg penat. tp best. pling tak bole bla bile myza n mai tido kat msjd UTM time tengah Talaqi. haha tmpt solat pompuan kat atas. kteorang bole pulak mkn n bringII kat atas tu. mmg nyenyak sgt tido. haha pastu, pas isyak. kat dewan yg same ade bekas kmpln VE n Ruffedge buat persembahan selawat. sorry, dah terlupe lak namenye ape. hehe



time ni myza n semua duk kat seat ats sekali. so, tak bape nmpk n jelas org yg kat bwh tue.

time ni dah la mule lmbt. pastu mmg dah ngantok gilerII thp gaban la. siap mkn asam mkn cokelet nk hilangkan ngantok. huhu dlm hati bile lah nk habis ni. lastII habis. dlm pukul 12 baru bertolak balek..penatnye Nauzubillah. Allah je yg tahu :')




gmba kenang kenangan kat UTM. pasni tak tau lg bile dpt g sane lg :)

okay, habis cite pasal UTM Berselawat. nk cite pulak pasal Kemahiran Insaniah baruII ni. okay, brtmpat di Parit Jawa, Muar..name tmpt tu D Impian Resort n Training Center. bertolak sabtu pagi. smpai sane tengah hari sbb sesat. hehe firstII smpai wah not bad tmpt ni. cntik. pastu bebudak ni ckp dpn je nmpk cantik, tak tgk lg yg blkg tu. haha mmg betoi pun. okay, sgla handset n kprluan yg tak sptutnye dah kene rmps trmsk nset myza sekali. kteorang tdo tmpnye mcm banglo. laki bwh pompuan ats. myza tak pat katil so tdo kat bwh just bralaskan tilam tdo ngan mai.

byk sgt penglaman lgII pengalaman pertama. antaranye yg plg takkn lupe seumur hidup mlm tu kteorang kene duk kat kubur. pergghh! sblm masuk tu msingII dah nangesII sbb takot. hehe bile dah masuk sorang dpt kubo satu. ha kau semua tdo. haha myza pun same. dlm bus mse nk mnuju ke kubo tu dlm hati niat nk kubo baby. akhirnye dpt jugak kubo baby :') time bacekan Al-Fatihah tu, trpk. baby ni meninggal sbb ape. beruntung mak ayh dy sbb baby tu tggu mak ayah dy kat syurga :') myza dpt kubo baby tu kat semakII. muleII tu mmg la takot bile pk sebenonye jarak ngan kwnII tak lah jauh mane. tak takot sgt la..kene geget nyamuk. pastu, time ni lah trdengar mcmII. bile cite kat membe, membe kate perasaan. ala beselah, time kte tengah takot mule la otak kite nk pk mcmII kan. Alhamdulillah, ujian tuk duk kat kubo berjaya jugak akhirnye. org tu ckp, sunnah Rasulullah bile ziarah kubo waktu tengah mlm. Alhamdulillah, adelah rase insaf sikit kan :')

besoknye. time masuk hutan paya. mak aii. paling best bile satu bdn kene mandi lumpur. Ya Allah, time tu Allah je tau perasaannye bile kene lumur dgn lumpur. kene jln kat paya. dgn kakinye trmasuk dlm selut. even dah ikat kasut sekuat semati mane pun, ttp nk tercabut. huhu best bile nmpk mak ketam ank ketam berlari-lari masok lobang. siput sedut pun ade, lokan pun ade. haha time ni pnt sgt. dng kene saiko dgn fasi. kene nyanyi lagi Negaraku dlm hutan paya. lgu UiTM. haha best best ! XD

penat mmg penat tp best la. tak sangke pulak yg kteorang akhirnye dpt jugak tempuhi semua tu :) Alhamduillah. eah, lupe pulak. firstII smpai je dah kene kulum batu. haha sebab tak hafal lagu UITM. haha nk tak nak kene telan jugak lah. anggap lah batu tu mcm asam yg wane putih tuee. eeeiiuuu :P

akhirnye, jam 5 ptg kteorang bertolak balek Penawar. smpai cni pukul 9 lbh. mmg tak bole lupe kenangan pahit manis kat sane. sorry, takde gmba sbb mmg tak smpt nk amek gmba pun. yg ade pun kat fasi. :)

okay, habis cite pasal event, UTM n Kemahiran Insaniah. ni myza nk selitkan gmba myza n frenz mase jalan ke Balau. bestnye kalau dpt lepak pantai selalu. :)





hehe nmpaknye smpai sni jelah coretan myza..fuh fuh penat taip ni. nk patah jari ni. thanks sudi bace. semoga kte berjumpa lg. kalau ade cite ade mase myza taip lg. 

Salam Sayang. xoxo =*