Wednesday, January 22, 2014

Ohh adikku masuk asrama

Assalamualaikum w.b.t. Hai silent readers :)

Apa khabar semua? Harap sihatII aje. sedar tak sedar dah penghujung bulan January dah pun. rasa macam sekejap aje masa berlalu kan. macam mana permulaan tahun 2014? harapII nye segalanya berjalan lancar n okay aje ye :)


Last entry 6 Jan lepas mengenai tahun baru.
entry kali ni, nak ceghite pasal adik miza. satu-satunya adik perempuan, the one and only sister, Hanifah Aqilah :)
syukur. adik miza ditawarkan ke sekolah lama miza. smka segamat. isnin lepas, ayah ibu miza n adik hantar qila ke sana untuk didaftarkan sbg pelajar tingkatan 1.

beberapa hari sblm dia ke asrama, ibu siang malam siapkan keperluan qila. jahitkan baju sekolahnya, tudung sekolah. barangII keperluan asrama dibeli. tengok gaya qila macam okay aje bila nak sekolah kat sana. kene stay kat hostel. baguslah. ayah ibu senang hati. kakak nye pun. ehehehe

kebetulan, ada saudara kami jugak yg sekolah kat situ. tingkatan 1 jugak. tapi, dia dah masuk dulu. senanglah aqilah dah ada kawan. kebetulan jugak, ditempatkan kat dom yg sama. dom yg sama dengan miza masa miza first masuk hostel tu time form 1. dom Umi Kalthum.

dah hantar qila semua, kemaskan barang dia. beritahu dia apa yang kena buat. itu ini semua tu. hati pun macam risau jugak. macam manala aqilah ni. pandai ke tidak dia nak uruskan diri, urus masa, uruskan semuanya nanti. ayah pun risau. ibu apatah lagi. kenangkan aqilah yg gangster tapi hati lembut tu nak tinggal kat hostel yg budakII nye macamII ragam.

bila adik masuk sekolah tu, bolehlah lepas ni nak dtg ke sanaII selalu. dah 3 tahun lebih tinggalkan sekolah tu sejak spm 2010. dah banyak kenangan yg dah jadi kat sana. hostel pun still sama macam dulu. tapi sekarang tgk mcm kemudahannye makin baik. dulu, public phone cuma 3 tu jelah kat hostel tu. sekarang, dah berlambak dah. haha dah ada basikal. students boleh naik basikal petang tu nak riadahII. yg lain miza tak taulah kalau ada buat lain. 

cuma yang pernah stay kat hostel je tau macam mana keadaannya bila hidup berkongsi dgn kawanII..best sangatII :)

teringat time firstII masuk. tak boleh nak elak la kan kalau menangis sbb kene tggl asrama n ayah ibu takde depan mata. hehe seminggu kot miza sedihII. hahaha ni aqilah ni. baru 2 hari kat sane, call ayah tak nangis langsung! hahaha buat malu je akak dia ni. :D


ala, bila dah lama kat sane, makin rasa seronok. seronok sebab kawanII sentiasa ada dgn kita. nak buat apeII ke biasanye dgn kawan. ajak mandi, ajak solat sama. makan sama. main samaII. kire semuanye dgn kawanII lah. tu yg miza rasa. sampaikan ada pernah dah lama kat situ mcm taknak balik pun ada. hehe 

aishh kalau nak diceritakan apa yang terjadi sepanjang 5 tahun kat sana, memang penatlah jari nak menaip. entahII yg baca pun boring. ehehe :D

sekolah kat sana mmg mcmII bnda baru miza blaja. drpd tak tau apeII, dah bole tau n praktikkan sekali. harapan agar adik miza pun sama macam tu jugak. biarlah dia dapat timba ilmu seberapa byk yg boleh. utk kebaikan dia jugak kan. n brharap jugak agar qila dpt brthn n menyesuaikan diri dia kat sana. dan skolah kat sane smpai masanya habis belajar, InsyaAllah :)

cukup sampai sini. harapan agar qila dapat belajar dengan baik kat sana. dapat sesuaikan diri kat sana. InsyaAllah, tahu qila boleh. kalau kakak dia boleh survive 5 tahun kat sane, takkan adik dia tak boleh kan? :)


akhir kalam, kakak rindu kak qila sangatII..sobsobsob :'(

salam sayang & rindu. xoxo. wassalam.

ehem. hari ni ada org tu balik ke malaysia. lepas 2 minggu ke mekah. semoga selamat sampai ye :)

Monday, January 6, 2014

Selamat Tahun Baru :)

Assalamualaikum w.b.t 



SELAMAT TAHUN BARU 2014. HAPPY NEW YEAR

sumber gambar : incik google ler. mana lagi

Selamat Tahun Baru buat semua warga dunia. belum terlambat lagi meyza nak ucapkan Happy New Year. wahhh sedar tak sedar dah masuk tahun baru. rasa macam sekejap je masa ni berlalu kan. 2013 dah pergi dah. dah pergi jauhII. 

                                                   
biasanya, setiap tahun baru setiap orang akan pasang azam baru. azam yang nak dicapai pada tahun baru tu. sebenarnya, meyza tak pernah ada azam kalau setiap tahun baru datang. seriussss! tak taulah. bukan meyza takde sesuatu langsung yang nak dicapai dalam hidup. ada. memang ada. macam orang lain jugak. takpelah, walau macam mana sekalipun, meyza doakan andaII semua dapat mencapai azam anda dengan jayanya dan berjayanya. Aminnnnn :))))))

2013. terlalu lalu lalu banyak kenangan yang terjadi waktu tahun ni. tahun di mana meyza last sem untuk dip meyza. tahun akhir dip yang terlalu banyak kenangan yang meyza tak boleh lupakan. tahun untuk struggle sebab last semester. 2 semester terakhir yang sangatII membahagiakan dan menggembirakan. mari kita imbas balik apa yang dah jadi untuk 2 semester lepas..cehhhhhhhhhh time semester 4 buat event. event PENYEMBELIHAN AYAM. hehe teringat yg time guest tak dtgII lagi. adala jadi conflict ckit. ada kurangnya time event tu. tapi, lastII semua dapat A jugak untuk subject Event Management. hahaha :D


dengan pergi Kem Kemahiran Insaniah tu lagi. kene main lumpur. berendam dalam lumpur. memang tak selamatlah kalau nak selamatkan tudung sampai ke kasut. haha dengan kasutnye yg tenggelam ke dalam. dengan sedaya upayanya tarik kasut dengan sekuat hatinya. haha dengan dendaII dari fasiII tu. kene nyanyi, kene ingat lagu UiTM tu. wahhh mana boleh lupa. yang paling tak boleh nak lupa. time kene tido kat kubur. dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 3. daripada semua takut gilerr sebelum masuk kubur. menangessII seboleh-bolehnya taknak duk kat kubur. lastII, semua tido kat kubur. hihihi ngantuk punye pasal. dah tak peduli dah sekeliling.

tu baru event dengan kem. belum lagi time semester 5. lagilah :)) sem 5 ni untung sebab jatuh pada waktu puasa & raya. teringat buka samaII dengan kwnII semua tu. pegi bazar tunggu bus. seawal-awal tidak g bazar. sebab nak jimat taknak naik teksi. hihihi dengan waktu rayanya. g konvoi raya dengan kawanII. sewa kereta. g beraya rumah kawanII kat kota, kat jb. sampai ke rumah meyza jugak dyorang akhirnya :))

bulan 12 tahun lepas ni, baru jumpa kawanII balik. sebab samaII g kolej amek transkrip. dapatlah jejak ke penawar tu balek. tak taulah bila nak ke sana lagi. sebab dah takde urusan lagi kat sana. tapi, mana tau, kalau dah rindu sangat dengan pantai balau n desaru tu. maybe akan ke sana lagi. hihihi *rindu balau n desaru..hukhukhuk


tak boleh lupa. mana boleh lupa semua tu :)

semua tu dah tersimpan tersemat dalam memori. gambar untuk setiap yang terjadi pun ada. bila rasa rinduII, bolehh tengok balik. rasa macam nak patah balik ke waktu tu. rasa bahagia sangat bila dengan kawanII.

selain dari kisahII bahagia. ada jugak kisah sedihnya. kisah yang meyza sendiri dah taknak ingat. kalau boleh, memang taknak teringat langsung. time bile meyza tengah final exam. meyza heartbroken. meyza beruntung, time tu meyza ada kawanII yang tak putusII bagi semangat. family pun. sentiasa bagi kataII perangsang diri. supaya diri ni tak terus jatuh tersembam ke lantai. amboii ayat. meyza akui, time tu meyza sangat sangat sangat sangat sangat down gile gile gile gile. Alhamdulillah, walaupun tengah keadaan yang macam tu, meyza dapat buat yang terbaik untuk final. dan akhirnya. TAMAT belajar dengan jayanya :))

akhir tahun 2013. juga kenangan yang terindah buat meyza. sesuatu yang berlaku di luar jangkaan diri. sesuatu yang meyza sendiri tak pernah terfikir akan terjadi secepat ni. walau macam mana sekalipun, meyza terima. kalau DIA dah takdirkan meyza akan lalui semua ni :)))

dan harapan meyza untuk tahun baru ni, tahun 2014. meyza harap. akan ada sesuatu permulaan yang baru buat meyza. meyza harap, meyza & kawanII dimurahkan rezeki dengan dapat tawaran sambung degree. Amin :)) dan. 2014 ni. tak sabar nak convo dengan kwnII yg lain. berharap jugak, 2014 ni. kehidupan yang dilalui akan lebih diberkati. diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan yang dah disediakan oleh-Nya. berdoa semoga segala impian kita akan tercapai dengan izin-Nya. InsyaAllah. kalau kita berusaha, InsyaAllah akan dapat hasilnya. :))


                                                              
nampaknya, cukuplah sampai disini. dah penat menaip dah ni. hehe maaflah, entry kali ni panjang sangat. tapi, janganlah jemu baca :))

InsyaAllah, next time meyza update lagi okay. akan ada sesuatu yang meyza nak ceritakan :)) stay tune!

take care semua. semoga ditahun baru hidup akan lebih ceria. dan kita menjadi yang lebih baik daripada sebelum ni. InsyaAllah :))

Salam Sayang dan rindu. wassalam. xoxo.